Social Icons

Monday 25 November 2013

SHAKLEE DIET PROGRAM – Jadual Pengambilan Vitamin & Tips Diet (Kam Maria | 019-259 2731 | come_maria@yahoo.com | www.mariafirdaus.com.my) BASIC COURSE Detox : Herb-lax / Alfalfa Emulsi & Pembakaran Lemak : Lecithin / Omegaguard Protein : Cinch Shake / ESP DETOXIFICATION Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk menyerap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian. HERBLAX berfungsi membersihkan usus daripada najis yang tersekat dan membantu masalah sembelit. Herblax TIDAK DIGALAKKAN untuk IBU MENYUSU jika diambil harian. Jadi cara pemakanan perlu diubahsuai untuk ibu menyusu. 2-3 kali seminggu. Lebih baik ambil ALFAFA untuk ibu menyusu. Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 10KG DALAM SEBULAN”. Itu sebenarnya diet paling tak berjaya kerana berat badan pasti akan naik kembali. EMULSI & PEMBAKARAN LEMAK LECITHIN yang berasal dari minyak biji soya berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental. Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem digestive. Jadi kita perlukan detox product seperti Herblax atau Alfafa untuk keluarkan lemak yang telah teremulsi. Jadi secara logiknya Lecithin berupaya memecahkan lemak yang kita makan sewaktu itu. OMEGAGUARD pula membantu untuk 'membakar' lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membrane. Omegaguard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi fish oil membantu pembakaran lemak termendap. Jadi adalah paling terbaik jika Lecithin dan Omega digabungkan. Macamana Omega Guard membantu pembakaran lemak? • Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku. • Omega 3 berfungsi menghalang pembentukan lemak - maka ia meningkatkan metabolism dan membakar lemak • Menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak. • Memperbaiki kadar gula dalam darah - beri lebih tenaga utk bersenam • Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang – jadi boleh control selera makan. • Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dr kebiasaan. Bila tahap insulin rendah, pembakaran lemak akan berlaku. Insulinrendah juga membantu mengawal gula. Maka gula/karbo tidak menjadi lemak. KEPENTINGAN PROTEIN Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu (susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam. Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby (menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi dia kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. CINCH SHAKE adalah serbuk protin yg diperkaya dgn Leucine iaitu asid amino yg memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Cinch juga berfungsi sebagai meal replacement. Cinch Shake membakar kalori, di samping memberi rasa kenyang, dan dalam masa yang sama memelihara otot tubuh. Jadi hanya lemak2 yang dibakar. Bukan memusnahkan otot2 kita. So bila anda dah kurus nanti, takdelah kulit2 dan otot menggeleber sebab otot terpelihara. ESP (Energizing Soy Protein) lebih sesuai untuk ibu menyusu berbanding Cinch Shake sebab kalori Cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan bayi yang menyusu. TIPS DIET (1) Ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan. (2) Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari. Letak target jangka pendek 3 BULAN. (3) Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape-on semasa stagnant period. (4) WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN menjadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari. (5) JANGAN SKIP MEAL. Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”. (6) Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta. (7) AIR KOSONG. 25kg bersamaan 1LITER. (8) Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk. Kalau lapar, tambah lauk dan sayur, bukan tambah nasi. (9) Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits. Senang cakap benda berkhasiat sahaja. (10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert. Ia akan membantu kita cepat kenyang dan kurangkan pengambilan makanan. CARA PENGAMBILAN SET DIET SHAKLEE (1) Jika guna Herblax, day 1 hingga day 3 tu ambil herblax SAHAJA. Lecithin/Omegaguard mulakan pada hari ke 4 dan seterusnya. Weekend ( Jumaat, Sabtu, Ahad) ambil Herblax bersama-sama Lecithin/Omegaguard. (2) Jika ambil Alfafa untuk detox, boleh ambil terus Alfafa bersama Lecithin/Omegaguard setiap hari. 5 biji Alfafa selepas breakfast dan 5 biji selepas dinner. Maximum pengambilan Alfafa ialah 10 biji sehari. (3) Lecithin : 6 biji sehari. Paling elok 2 biji after breakfast, lunch dan dinner. Atau boleh pecahkan 3 biji after breakfast dan 3 biji after dinner. (4) Omegaguard : 3 biji sehari. 1 biji setiap kali selepas breakfast, lunch & dinner. (4) Cinch Shake/ESP: 1 sudu besar setiap pagi dan petang sebagai pengganti breakfast & minum petang. Boleh buat fruit shake untuk menyedapkan rasa. Nota : Sila minum dalam 500ml air kosong selepas mengambil Herblax. Cara makan Herblax:- Umur < 30an:- - 3 hari pertama: 2 biji sebelum tidur - Minggu seterusnya : 4 biji / minggu (selang hari) Umur > 30an (kalau 2 biji tak berkesan) - 3 hari pertama: 4 biji sebelum tidur - Minggu seterusnya: 8 biji / minggu (selang hari) Bila makan Herblax sebelum tidur, masa bangun pagi tu biasanya akan terus rasa nak 'membuang'. Jadi patutnya tak ada masalah asyik nak ke toilet pada waktu siang. Selain Herblax, vitamin lain tak akan menyebabkan sakit perut untuk 'membuang'. Selamat Berjaya!! Terima kasih kerana memilih Shaklee untuk kekal sihat dan cergas selalu. Kalau puas hati, boleh beli lagi. Saya jual dengan harga dealer (20% off daripada harga retail).


Thursday 21 November 2013

Assalammualaikum dan selamat malam... Sekarang ni tugas sy bertambah 8pg-6ptg sy bekerja full time di kilang dan selain pada masa tu sy menjadi pengedar sambilan utk produk shaklee. Alhamdulillah disebabkan shaklee sudah terkenal sejak tahun 90an lg di malaysia ni memudahkan tugas sy utk mempromosikan shaklee pd kwn2. Niat sy mula2 join shaklee adalah utk kegunaan diri sendiri dan keluarga tetapi apabila sy bercerita pd kwn2 dan mendapat feedback yg positif. Sy semakin bersemangat utk membantu kwn2 yg ingin memperbaiki kesihatan mereka kerana mencegah itu lebih baik dr mengubati. Kos utk mengubati juga tinggi. Tempahan yg sy terima juga semakin bertambah. Alhamdulilah pd yg maha Esa kerana dgn izinNya sy dipertemukan dgn produk shaklee. Terima kasih pd anak saudara sy yg memberi e-book yg dibuat oleh Kam maria (nenek shaklee sy). Setelah membaca keseluruhan e-book tersebut sy dh nampak jln bagaimana bisnes shaklee blh membantu sy dan bagaimana produk shaklee blh membantu kwn2 sy memperbaiki kesihatan mereka. Baru2 ni sy mempromosikan shaklee pd kwn sy yg mana isterinya bekerja sebagai seorg doktor. Walaupun dia tidak membeli produk shaklee dr sy tp keyakinan sy pd produk shaklee semakin bertambah apabila dia memberitahu yg isterinya memberi anak mereka mkn meal shake keluaran shaklee. Seorg doktor pun blh yakin dgn produk shaklee maka sy pun makin bertambah yakin dgn produk shaklee.. Anda bagaimana? Pernahkah anda menggunakan produk shaklee? Bagaimana shaklee telah membantu memperbaiki kesihatan anda? sy sudah. Anda bila lg?


Thursday 14 November 2013




Ahlan Wasahlan



Alhamdulillah, akhirnya blog yang bakal saya khususkan untuk perkongsian produk shaklee telah siap di bina. Insya-Allah, saya akan jadikan blog ini sebagai platform untuk saya berkongsi kebaikan dengan semua orang.




(Jangan padam posting ini ye... just buang text ini jadi lah. Dengan kata lainnya edit text ini. Posting ini digunakan sebagai anchor bagi main label di atas)


 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my