Social Icons

Thursday 9 October 2014

CABARAN ZAMAN BARU
APAKAH KOLESTEROL?
Kolesterol bahan lemak yang terdapat dalam salur darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu, dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

DUA SUMBER UTAMA KOLESTEROL…
Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian kita. Kolesterol yang kita makan akan meningkatkan paras kolesterol darah kita. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan RISIKO PENYAKIT JANTUNG dan ANGIN AHMAR.

Adakah kita salah seorang dari 6 juta warga Malaysia yang menghadapi masalah tinggi kolesterol?????
Dianggarkan satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidapi oleh sesiapa saja tidak mengira usia, dan dalam jangkamasa yang panjang ia akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular.
Apa yang lebih membimbangkan sekarang ini ialah kita sendiri tidak mengetahui adakah paras kolesterol kita berada pada tahap normal atau pun TINGGI.

Bagaimanakah kolesterol boleh menyebabkan penyakit jantung?
Terdapat dua jenis kolesterol :
1.       Kolesterol “Jahat” > LDL ( Lipoprotein ketumpatan rendah )
Paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan yang melekit (plak) dalam salur darah kita. Plak ini akan menyababkan salur darah tersumbat dan menyekat aliran darah, SEPERTI YANG BERLAKU SEMASA SERANGAN JANTUNG atau ANGIN AHMAR.

2.       Kolesterol “baik”  > HDL ( Lipoprotein ketumpatan tinggi )
HDL membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan, dalam eerti kata lain HDL berperanan “membersihkan” saluran darah.

OLeh yang demikian untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, kita hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

AWAS!!!
Jika anda mempunyai tinggi kolesterol :
-          Risiko serangan jantung meningkat 15.6%
-          Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
-          Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak, dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.
BERTINDAK HARI INI: IKUTI PETUA INI UNTUK MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL DARAH KITA SECARA SEMULAJADI
-          Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tingi serat larut.
-          Lakukan senaman lebih kerap.
-          Turunkan berat badan.
-          Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian kita bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.

ATASI MASALAH KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL

Apa itu Fitosterol?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Jadi, Bagaimanakah Fitosterol Berkesan?
Struktur fitosterol adalah hamper sama seperti kolesterol, dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam system penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk kita menurunkan paras kolesterol LDL.

Behttps://www.facebook.com/deanlyzasufi?ref=hlrapa banyak Fitosterol yang anda perlukan?
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika ( NIH ) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.

Deanlyzasufi.blogspot.com
“Sharing is Caring”

“Sentiasa Berkesan, Sentiasa Selamat, Sentiasa Semulajadi”


No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my